Monday 18 November 2013

Menang, menang. Kami juara Malaysia...

Pada 17 November, berlansung pertandingan World of Tanks, Malaysia National Series. Team aku, The Forgotten (tahun lepas dikenali sebagai Urban Gamers) berjaya merangkul Juara. Champion boh, champion.


Dengan mereka ni jugaklah, impian aku nak merasa jadi wakil Malaysia untuk main game tercapai pada tahun 2012 bila kami mewakili Malaysia ke Kunshan, China. Walaupun line up ada tukar sikit, tapi semangat masih sama. Tak tahulah kalau kami akan wakili Malaysia lagi lepas menang yang ni, namun yang pasti, we going to enjoy this moment as long as it lasted.

Walaupun kami menang, dan sepatutnya kami gembira, sebelum tarikh keramat ni, macam2 dah berlaku pada ahli-ahli kami. Sorang eksiden motor, lagi sorang pula baru kehilangan bapa tercinta. Itu merupakan sebahagian cabaran yang kami terpaksa tempuh sebelum ini. Ni tak campur lagi cabaran2 lain. Korang memang best of the best among the best!


Aku paling gembira, sebab aku dapat buktikan yang gamers bukan sampah masyarakat, dan kemenangan ni aku hadiahkan buat isteri dan anak tercinta, tak lupa juga buat emak, yang selama ini tak pernah putus2 berdoa agar aku berjaya dalam apa bidang yang aku ceburi. 



Emak memang steady dan awesome, sebab sejak aku minat main game, emak la yang beli Nintendo & PC untuk aku dan adik2. Aku ingat lagi emak cakap "kalau main game, duduk rumah dengan adik beradik lagi elok dari keluar merayap tak tentu hala" Emak memang steady.

Aku juga rasa sedikit terkilan, sebab arwah Ayah tak dapat lihat kemenangan aku. Dia sempat lihat aku menang tahun lepas dan mewakili Malaysia ke China, dan aku ingat lagi yang dia cakap "tak sia-sia kau main game tank hari2. Ayah bangga dengan kau Pul (nama singkatan aku)". Aku akan tetap pegang kata2 keramat ayah pada aku, dan akan aku sampaikan pula pada anak2 aku. "Kalau nak buat sesuatu, buat betul2, make it serious. Main game, main betul2. Prove to the people that what you doing is worth it". Ayah, aku dah buktikan pada mereka dan pada dunia, apa yang aku buat selama ini tidak sia-sia.

Until next time, gua gerak dulu...

Sunday 20 October 2013

Satu langkah positif untuk gamer Malaysia...

Sebelum ni, posting aku pasal benda2 negatif yang masyarakat nampak secara kasar pada orang2 macam aku yang main game. Posting kali ni, posting positif pulak. Sesiapa yang ada beli dan baca Berita Harian terbitan Ahad, 20 Okotber 2013, mesti dah baca artikel yang aku nak sentuh kejap lagi. Tapi sebelum aku terus kan, aku nak cakap, aku bangga lagi kembang tengok member aku masuk surat khabar. Nama aku pun ada, tapi kecik je, hehehe. So back to the topic.

Gaming industry di Malaysia ni, sebenarnya kurang publisiti positif, dari media. Walaupun sekarang ni dah kira zaman internet, kebanyakan orang di Malaysia masih membaca surat khabar sebagai sumber berita, dan TV serta radio. Sebelum ni dah banyak isu negatif dari surat khabar menyentuh tentang game dan gamer, tapi kali ni, sesuatu positif telah berjaya disampaikan mengenai game. Tengok tajuk berita dah tau. Memang dah lama tunggu something macam ni, betul tak gamer semua?


Jadi, senang cakap la kan, ingat main game ni senang ke? Kalau setakat luangkan masa dengan famili memang la senang. Tapi bagi mereka yang professional dalam bidang ni, macam aku, macam member aku dlm artikel ni, dan mereka2 yang seangkatan, ia bukan sesuatu yang mudah. Kene ada disiplin jugak tau, dedikasi dan yang penting minat. Minat main game, semua orang minat, tapi sejauh mana minat tu pergi. Minat nak buat game? Minat nak belajar buat game? Ha, jangan pandang sebelah mata industri game ni. Kat Korea, Jepun dan negara barat2, menjana pendapatan negara berbilion dollar.

Komuniti gaming kat Malaysia pun banyak, ahli2 dia ramai. Tapi aku pasti, setakat ni komuniti kami belum lagi la buat masalah dengan masyarakat macam geng2 ahli kongsi gelap. Jangan salah anggap gamer ni tak campur masyarakat. Kami campur masyarakat, cume segilintar masih memandang sinis dengan kerjaya kami. Ni bukti, yang kerjaya kami bukan kerjaya main2. Kerjaya gamer mampu melakar sejarah untuk negara, kalau ada sokongan dan tajaan yang betul.

p/s: Mintak2 la YB Khairi Jamaludin baca artikel ni, mana la tau kita boleh dapat sokong kementerian Belia dan Sukan, baru gempak ye tak?

Thursday 26 September 2013

Rasa2 korang la, lepas main game ada rasa nak bunuh orang ke?


2 minggu lepas, terjumpa artikel beserta video tentang kes tembak mati di U.S. Media di sana macam biasa, menyalahkan permainan video berunsur ganas yang si pelaku main 72 jam sebelum kejadian. Reaksi aku, pfffttt, macam biasa la U.S. Asalkan ada benda tak relevan untuk disalahkan, selagi tu la.
Semalam, aku terbaca satu post di FB, beserta dgn video:
Reaksi aku? Pulak dah.  Ok, biar aku explain sikit apa yang pak menteri kita ni lupa nak explain atau buat2 lupa nak explain, atau memang tak nak explain lansung.

1. Devil May Cry 3 - Isu pintu Ka'abah - Dato', ni cerita tahun lepas la, kenapa sekarang nak ungkit. Orang pun dah tak main dah game tu.

2. Guitar Hero 3 - Isu kalimah Allah - Dato', ni pun cerita basi, tahun lepas punya cerita, kenapa sekarang nak ungkit? Game tu pun dah takde orang main.

3. Grand Theft Auto 5 - Kena ban kat U.S & U.K? Dato'! Lu baca berita ke, buat cerita. Tolong cakap guna akal, bukan guna kepala lutut! Keganasan melampau. Dato', GTA 5, maksudnya dah 5 siri dah game ni keluar, semua keganasan melampau dalam game tu, tapi aku tengok Malaysia aman je, takde apa2 pun. Kalau jadi ganas pun bila ada Bersih atau kerajaan ada buat something wrong.

Tepuk dahi aku bila tengok ahli2 politik cuba gunakan kesempatan macam ni untuk meraih populariti. Aku berani jamin kerat kuku jari kelingking aku la, orang2 yang duduk dalam parlimen ni tak pernah main game. Jom kita test, aku turunkan kejap IQ aku serendah dia orang, kalau betul la kesimpulan dia:

- Kes2 mat rempit sebab dia orang main game racing moto?
- Kes2 ragut sebab main game jugak?
- Kes2 rogol pun sebab main game?
- Semua kes jenayah pun sebab main game la?

Masuk akal ke? So kalau ada rusuhan kat Malaysia ni nanti, sebab diaorang pun main game? Akai letak lutut ka?

Memang aku akui, ada game2 yang melampaui batas, tapi sepanjang aku main game sampai la ni, mostly pengguna dan pemain game beragama Islam, kalau ada la jumpa mana2 game yang ada unsur2 menghina ni, kami memang dah boikot, macam kes DMC3. Kami takde la bodoh sangat nak main game macam tu. Kami sedar jugak batas2 dia, cuma aku dan mungkin gamers2 lain, tertanya tanya jugak, apa motif pak menteri ungkit cerita basi ni.

Gaming industry ni besar, sangat besar, banyak jenis game lagi yang kami ada pilihan untuk main. Kenapa tak support gamers professional Malaysia? Kat U.S, mereka dah iktiraf gaming sebagai salah satu sukan (aku cuma tak nampak aspek keluar peluh sebab selalu sukan memang berpeluh). Aku tahun lepas, dengan team Urban Gamers beserta kontinjen Malaysia (chewah) bawak Jalur Gemilang ke China untuk WCG, korang tak highlight kan pun. Kami bawak nama Malaysia tau (tapi kami kalah la).

Ni baru2 ni Team Orange bawak balik pingat gangsa sebab menang DOtA 2, harum nama Malaysia, sampai abg K.J jumpa diaorang tau. Mana pak2 menteri lain? Senyap je ke?
So, jawapan saya pada pak2 menteri. Sebelum nak bangkitkan satu isu, kaji selidik dulu. Tak perlu lantik pasukan khas nak buat kaji selidik. Malaysia banyak gamers, approach mereka ni, tanya, tak susah. Ke sebab korang tak tau cemana nak pusing duit masuk poket korang sebab tu korang tak support industri game kat Malaysia?

Kalau betul atas isu2 agama, satu je soalan saya nak tanya. Kenapa tak sekat kemasukan artis2 Korea buat konsert kat Malaysia ni?

Blah dulu dengan van hijau....

Wednesday 11 September 2013

Apalah kau ni, asyik main game je, macam bebudak, sia-sia main game ni tau

Ha...! Ada sapa-sapa pernah dengar statement ni? Zaman aku kecik2 dulu, baru kenal game Micro Genius dengan Nintendo lama, statement ni memang popular. Tapi statement ni dulu lagi pedas dari sekarang. Sebagai contoh "Apa ni main game je, bukan boleh carik kerja." atau lagi power ayat, "main je la game hari2, jadi bodoh ko nanti"

Tu dia! Pedas lagi memedaskan (ada ke ayat ni?). Dalam erti kata lain, main game ni memang takde future lah. Tu masa tahun 80an dan 90an, orang masih nampak game sebagai satu riadah (cewah) yang sia2. Cuma yang menjadi persoalan, setelah hampir 30 tahun dari masa aku mula2 kenal permainan video ni, sampailah sekarang, statement ni masih lagi berkumandang, malah jadi isu hangat dan masalah sosial lagi. Hah, macam mana pulak boleh jadi macam tu? Dari satu mesin dan perisian yang tidak bersalah menjurus ke arah masalah sosial pulak, biar betik!?

Bukan game masalahnya, tapi pandangan masyarakat terhadap game itu sendiri, lebih2 lagi orang Melayu (mintak maaf la, tapi memang betul) dan juga kawalan ibu bapa itu sendiri. Satu sifat default orang melayu, yang aku rasa aku sendiri ada ialah, kita tak salah, benda lain atau orang lain yang salah. Tak percaya, contoh paling senang, tengah jalan2 bersantai, tersepak batu, mulut kita dengan pantas akan berkata, "bodoh punya batu" aik, batu yang kene marah. Satu lagi contoh, tengah drive kereta, tak bagi signal, potong orang lain, kita kene hon, spontan kita jawab, "Bodoh, aku pun bayar road tax la". Padahal terang2 kita salah. Eh, dah jauh melalut ni, back to the point.

Jadi isu dia sekarang, game tu salah ke tak? Ok, aku bercakap, atau lebih tepat menaip berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku 110% kata game tak salah, tapi yang salah bila orang yang main tu yang buat salah, eh berapa banyak salah daaa. Betul, kalau kita dah main game, sampai lupa makan, lupa solat, mandi pun tak, kadang2 taik mata berselepet lagi, itu memang dah tak betul la. Kawalan itu penting.

Aku membesar dengan main game. Walaupun mak ayah aku belikan Micro Genius ni dulu, sampai 2 - 3 kali sebab cepat benar rosaknya, yela adik beradik ramai, memang berebut la nak main, tapi mereka kawal masa kami. Bila boleh main, bila tak boleh, suruh kami makan dulu, atau buat kerja sekolah. Kadang2 emak sampai sorok game ni, sebab aku dah mula malas nak buat kerja sekolah, kene rotan lagi. Itu baru betul, kene ada kawalan. Teringat aku sanggup bangun pukul 2 pagi semata mata nak main game, hahaha. Itu masa dulu, 80 an & 90 an.

Itu dulu, sekarang dah lain, main game guna komputer, atau console generasi baru. Budaya gaming sekarang pun dah lain. Sekarang ada cyber cafe, arcade pun besar2 belaka, tapi pandangan dan persepsi masyarakat masih susah lagi untuk berubah. Kalau sebut je hobi main game, mesti ada suara sumbang yang berkata, macam bebudak main game. Aihhh, tak tau pakcik nak cakap camno lagi. Tapi yang pasti, kami2 yang main game ni kan:-

1. Dah tentu2 tak buang masa lepak2 kat shopping kompleks
2. Dah tentu2 tak kacau orang tido malam2 dengan merempit
3. Dah tentu2 tak rompak atau ragut orang sebab kami sibuk nak level up
4. Dah tentu2 ada kat rumah 24/7 depan anak bini, mereka pun tak risau
5. Dah tentu2 kami tak menyusahkan masyarakat sekeliling.

Khas kepada mereka2 yang pandang serong pada kami2 yang main game ni, satu je soalan aku nak tanya. Korang pernah tengok dalam berita, gamer kena tangkap sebab meragut, merempit atau lain2 gejala sosial?