Sunday 20 October 2013

Satu langkah positif untuk gamer Malaysia...

Sebelum ni, posting aku pasal benda2 negatif yang masyarakat nampak secara kasar pada orang2 macam aku yang main game. Posting kali ni, posting positif pulak. Sesiapa yang ada beli dan baca Berita Harian terbitan Ahad, 20 Okotber 2013, mesti dah baca artikel yang aku nak sentuh kejap lagi. Tapi sebelum aku terus kan, aku nak cakap, aku bangga lagi kembang tengok member aku masuk surat khabar. Nama aku pun ada, tapi kecik je, hehehe. So back to the topic.

Gaming industry di Malaysia ni, sebenarnya kurang publisiti positif, dari media. Walaupun sekarang ni dah kira zaman internet, kebanyakan orang di Malaysia masih membaca surat khabar sebagai sumber berita, dan TV serta radio. Sebelum ni dah banyak isu negatif dari surat khabar menyentuh tentang game dan gamer, tapi kali ni, sesuatu positif telah berjaya disampaikan mengenai game. Tengok tajuk berita dah tau. Memang dah lama tunggu something macam ni, betul tak gamer semua?


Jadi, senang cakap la kan, ingat main game ni senang ke? Kalau setakat luangkan masa dengan famili memang la senang. Tapi bagi mereka yang professional dalam bidang ni, macam aku, macam member aku dlm artikel ni, dan mereka2 yang seangkatan, ia bukan sesuatu yang mudah. Kene ada disiplin jugak tau, dedikasi dan yang penting minat. Minat main game, semua orang minat, tapi sejauh mana minat tu pergi. Minat nak buat game? Minat nak belajar buat game? Ha, jangan pandang sebelah mata industri game ni. Kat Korea, Jepun dan negara barat2, menjana pendapatan negara berbilion dollar.

Komuniti gaming kat Malaysia pun banyak, ahli2 dia ramai. Tapi aku pasti, setakat ni komuniti kami belum lagi la buat masalah dengan masyarakat macam geng2 ahli kongsi gelap. Jangan salah anggap gamer ni tak campur masyarakat. Kami campur masyarakat, cume segilintar masih memandang sinis dengan kerjaya kami. Ni bukti, yang kerjaya kami bukan kerjaya main2. Kerjaya gamer mampu melakar sejarah untuk negara, kalau ada sokongan dan tajaan yang betul.

p/s: Mintak2 la YB Khairi Jamaludin baca artikel ni, mana la tau kita boleh dapat sokong kementerian Belia dan Sukan, baru gempak ye tak?